Wednesday, December 28, 2011

TEKNOLOGI TELEFON SUARA MELALUI PROTOKOL INTERNET / VOICE OVER INTERNET PROTOKOL (VoIP)


Teknologi Telefon Suara melalui IP atau VoIP merupakan satu teknologi terkini yang sedang hangat diperkatakan. VoIP adalah teknologi yang membolehkan panggilan telefon tempatan dan antarabangsa dapat dibuat melalui protokol Internet (IP) menggunakan rangkaian suis berpaket dengan kadar panggilan jauh yang lebih murah berbanding panggilan melalui talian tetap atau selular.
            Protokol Internet atau Internet Protokol (IP) merupakan satu dari paras protokol dalam suatu rangkaian. Dalam erti kata lain, apa-apa sahaja yang dihubungkan melalui IP bermaksud melaksanakan suatu komunikasi melalui Internet. IP merupakan teknologi terkini yang baik untuk komunikasi data. Banyak syarikat di negara-negara maju tidak mahu ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi IP ini, Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang turut terlibat dalam usaha untuk membina rangkaian IP dengan matlamat untuk menawarkan perkhidmatan suara dan data bersepadu. VoIP atau panggilan telefon melalui Internet dengan kos yang jauh lebih murah daripada sekarang menjadi idea yang ‘dibeli’ pengguna. Ini adalah janji VoIP untuk para pengguna yang menggunakannya.

Bagaimana komunikasi melalui IP ini dilakukan?
Secara teorinya, panggilan telefon melalui IP ini dilakukan dengan suara pengguna dimampatkan dan dipindahkan dalam bentuk paket menerusi Internet seperti mana yang dilakukan kepada kandungan emel yang dipindahkan. Paket ini dikenali sebagai paket IP yang pergi dan kembali dalam Internet, ini membolehkan pengguna bercakap dan mendengar pada masa yang sama. Dengan proses pemampatan suara ini menjadi paket, syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP dalam satu masa berbanding dengan panggilan telefon biasa. Oleh itu, penjimatan dapat dirasai oleh setiap pengguna perkhidmatan telefon suara melalui IP ini.
Secara keseluruhannya, perkhidmatan telefon suara melalui IP menggunakan Internet ini memerlukan komputer atau komputer- peribadi (PC). Teknologi VoIP merupakan gantian kepada rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) yang perlahan dan berteknologi lama. Walaupun masa yang lama diperlukan untuk menggantikan semua talian PSTN yang sedia ada, tetapi teknolgi VoIP ini mungkin dapat diperkembangkan secara berperingkat sehingga semua pihak di negara ini dapat menerima dan memahami teknolgi tersebut.
Perkhidmatan kad pra-bayar FlexiCall JARING merupakan perkhidmatan terkini dalam pasaran yang menggunakan teknologi VoIP dengan menggunakan rangkaian tulang belakang fiber optik Internet yang dipunyai oleh JARING. MIMOS Berhad telah melancarkan kad pra-bayar FlexiCall JARING iaitu kemudahan untuk membuat panggilan telefon jauh dan antarabangsa berasaskan teknologi suara melalui Protokol Internet (VoIP). FlexiCall JARING yang dimajukan oleh MIMOS Internet Services ini menawarkan harga yang lebih murah dengan kualiti suara yang lebih baik. FlexiCall JARING ini membolehkan orang ramai menjimatkan bil telefon apabila membuat panggilan khususnya untuk panggilan antarabangsa kerana ia menawarkan penjimatan kos dengan masa percakapan lebih lama. Sasaran pengguna bagi FlexiCall JARING ini adalah para pekerja dan penuntut serta pelancong asing yang berada di negara ini yang kerap membuat panggilan antarabangsa sama ada untuk urusan peribadi mahu pun perniagaan.
            Kad pra-bayar FlexiCall JARING ini dapat diperolehi dalam nilai RM30 dan RM50 dengan penjimatan sehingga 80 peratus untuk panggilan jauh dan antarabangsa di lebih 100 destinasi seluruh negara.Penglibatan MIMOS dalam pasaran baru ini adalah satu komitmen untuk melengkapkan rakyat dengan teknologi terkini khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi melalui pembangunan teknologi tempatan. Ianya juga memberi sumbangan besar dalam menjana perkembangan industri di linkungan akses Internet dan merangsang pertumbuhan perkhidmatan Internet di Malaysia.
            Beberapa syarikat yang bukan dari sektor telekomunikasi telah diberi Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Individu di bawah penguatkuasaan syarat-syarat baru untuk mengawal selia pembekalan dan pengoperasian fasiliti. Syarat-syarat tersebut bagi membolehkan syarikat bukan telekomunikasi seperti MIMOS Berhad dapat bersaing di pasaran dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan teknologi VoIP.
            Teknologi VoIP dijangka mengalami kepesatan pertumbuhan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang di Asia berikutan permintaan terhadap kos panggilan jauh yang lebih rendah di samping pasaran bagi teknologi VoIP ini masih baru di rantau ini berbanding di Amerika Syarikat dan Eropah.

KEBAIKAN TEKNOLOGI VoIP 

  1. Penjimatan – dengan proses pemampatan suara menjadi paket, syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP dalam satu masa berbanding panggilan telefon biasa.
  2. Penjimatan bil telefon dan masa percakapan lebih lama apabila membuat panggilan khususnya untuk panggilan antarabangsa.
  3. Menggunakan satu rangkaian sahaja berbanding dua rangkaian yang digunakan sebelum ini melalui rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) – mengurangkan sewa talian, perkhidmatan dan kesulitan.
  4. Kos panggilan lebih rendah atau murah:
-          kos panggilan telefon jarak jauh dapat dikurangkan melalui panggilan jalan lencongan PSTN ( calls bypass PSTN ).
-           kos panggilan telefon bagi luar kawasan dan dalam kawasan dikurangkan kerana menggunakan rangkaian korporat sedia ada.
      v.            VoIP boleh diaplikasikan kepada hampir sebarang keperluan komunikasi suara, iaitu julat dari ‘simple interoffice intercom’ hinggalah kepada ‘ complex multi-point teleconferencing’.
  1. Infrastruktur VoIP ini dapat diintergrasikan dengan mudah yang menyokong semua bentuk komunikasi yang membenarkan lebih piawaian dan mengurangkan jumlah peralatan kelengkapan .
  2. Penggabungan – bermaksud penggabungan sistem perakaunan adalah amat berfaedah.

KEBURUKAN TEKNOLOGI VoIP 

  1. Penggunaan teknologi VoIP ini hanya dihadkan kepada pengguna yang mempunyai PC yang memerlukan perkhidmatan Internet.
  2. Kualiti suara atau Voice Quality(Qos) adalah rendah semasa panggilan dilakukan.
  3. Kawalan panggilan atau pengisyaratan dimestikan supaya telefon dapat memanggil proses lutsinar.
  4. Pengurangan panggilan penolakan, kehilangan paket dan mudah putus hubungan (disconnect ).
  5. Melibatkan ‘gateway’ antara persekitaran rangkaian data dan rangkaian suara.


0 comments: