APA ITU HTML?
· Singkatan dari Hyper Text Markup Language (HTML).
· Merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat laman web.
· Bukan suatu bahasa pengaturcaraan seperti c, c++ atau Pascal.
· Ia lebih kepada bahasa yang menetapkan corak paparan dokumen.
· Diterjemahkan oleh pelayar web.
JARINGAN SEDUNIA (WWW)
MENGENALPASTI DOKUMEN HTML
| <!DOCTYPE HTML PUBLIC “-//WEC//DTD HTML 3.2//EN”> |
| <HTML> |
| <HEAD> |
| ……….. |
| </HEAD> |
| <BODY> |
| ………. |
| </BODY> |
| </HTML> |
Bagaimana HTML Berfungsi?
- File HTML berada di dalam Server dan tugas Server ialah memastikan file-file laman web yang mengandungi kod-kod HTML berfungsi dengan baik.
- Laman web yang mengandungi kod-kod HTML tadi sebenarnya adalah bahasa yang difahami oleh browser. Kod-kod (dipanggil juga sebagai tag) seperti <HTML>, <TABLE>, <BODY> dan banyak lagi adalah sebuah bahasa yang difahami oleh browser seperti Internet Explorer, Chrome, Firefox, Safari, Opera dan lain-lain pelayar.
- Untuk menghasilkan laman web yang lengkap dan ‘cantik’, kita tetap perlu menghasilkan laman web itu dalam bentuk HTML agar browser (seperti Firefox, Internet Explorer, dan lain-lain) ‘faham’ apa yang perlu dilakukan. Sebab itulah HTML dipanggil sebagai sebuah ‘bahasa’ iaitu bahasa yang difahami oleh Server dan Browser.
- Secara mudah, ini adalah proses sebelum sesebuah laman web dijana:
- Server (Kod HTML) -> Browser -> Laman Web Dipaparkan
- Pengguna Internet (pelawat laman web) akan menggunakan Browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox untuk melawati sesebuah laman web. Apabila URL laman web ditaip, browser sebenarnya akan melakukan ‘request’ kepada Server di mana laman web itu berada.
- Kemudian, Server akan membalas ‘request’ itu dan Browser laman web akan mula mengakses laman web tersebut. Mengakses di sini bermaksud browser mendownload kod-kod HTML laman web tadi ke komputer yang anda gunakan dan menterjemahkan kod tersebut kepada sebuah laman web yang difahami dan boleh dilayari.


0 comments:
Post a Comment