- Ia merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna Internet berkomunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui e-mail, pengguna Internet boleh menghantar utusan yang sama kepada lebih dari seorang penerima, menyalinkan utusan yang diterima untuk dihantar ke pengguna lain, mengepilkan pelbagai jenis fail bersama e-mail, mengarahkan komputer melakukan sesuatu dan lain-lain lagi.
Perbandingan Alat Komunikasi
| Butiran | Surat | Telefon | Faks | |
| Kelajuan | Serta-merta | Beberapa Hari | Serta-merta | Serta-merta |
| Kos | Murah | Murah | Mahal | Mahal |
| Keselamatan | Selamat | Kurang selamat | Selamat | Selamat |
| Kerahsian | Rendah | Tinggi | Tinggi | Rendah |
| Gaya penulisan | Tidak formal | Formal/Tak Formal | Formal/Tak Formal | Formal/Tak Formal |
| Jawapan | Tidak segera | Tidak segera | Segera | Tidak segera |
| Komunikasi berkumpulan | Mudah | Sukar | Mudah/ Sukar | Mudah |
| Menyatakan Emosi | Rendah | Sederhana | Tinggi | Sederhana |
Mengapa e-mail Digemari?
Email digemari kerana ia adalah alat komunikasi serba boleh. Ia mudah diguna, murah, cepat, dan reliable. Jika ditulis dalam bentuk semiformal atau tidak formal, ia lazimnya cepat dibalas berbanding dengan surat biasa dan faks. Bagaimanapun, pengguna perlu menyedari bahawa e-mail bukanlah satu alat komunikasi yang segerak (synchronous) seperti telefon di mana kedua pihak boleh berkomunikasi dengan serta merta sehingga matlamat mereka berkomunikasi tercapai. Kelemahan e-mail ini perlu disedari sebelum ia diatasi.
KOMPONEN ASAS E-MAIL
Mel elektronik mengandungi tiga komponen utama, iaitu :
- Kepala
- Teks badan
- Tandatangan
Date:Thu, 16 Jan 1997 10:15:04 +0900
From: alias@altc.com.my
Subject: Penghantaran alat ganti kepala
Hi,
Pesanan alat ganti (no rujukan PT547a) telah kami
terima. Ia akan dihantar pada hari ini ke alamat teks badan
yang dikehendaki.
Sekian terima kasih
Alias tandatangan
KEPALA E-MAIL
- Kepala e-mail mengandungi banyak maklumat tentang e-mail yang dihantar. Jumlah maklumat yang dimasukkan ke dalam e-mail berbeza di antara satu pelayan dengan pelayan lain. Bagaimanapun, kepala e-mail pada asasnya mengandungi maklumat tentang tarikh, waktu dan zon waktu penghantar, alamat penerima, alamat penghantar dan subjek e-mail. Dibawah adalah satu contoh kepala e-mail yang hanya mengandungi beberapa maklumat asas.
Date: Tue, 15 Oct, 1996 15:35:51 + 0800
From: Fariza Osman >fariza@ma.mimos.my
To: Ahmad Zaharim <ahzaha@pkrisc.cc.ukm,my>
Subject: Vice Cancelor
- Barisan yang pertama menunjukkan tarikh, waktu dan zon waktu penghantar. Salah satu daripada beberapa kecuaian yang sering dilakukan oleh pengguna e-mail ialah dalam penyediaan tarikh, waktu dan zon waktu yang betul. Pastikan ia betul supaya penerima dapat mengetahui waktu sebenarnya e-mail ditulis. Barisan yang kedua dan ketiga mengandungi maklumat tentang nama sebenar penghantar dan alamat e-mailnya serta nama sebenar penerima serta alamat e-mailnya. Barisan yang keempat mengandungi tajuk e-mail tersebut.
BAGAIMANA EMAIL BERFUNGSI?
- E-mail berfungsi dengan berasaskan kepada konsep pelanggan-pelayan.
- Terdapat dua jenis pelayan yang sering digunakan untuk mengendalikan e-mail, iaitu pelayan SMTP dan pelayan POP.
- Pelayan SMTP adalah pelayan utama yang mengendalikan penghantaran dan penerimaan e-mail dalam internet. Ia digelar sedemikian kerana ia menggunakan protokol yang dipanggil Protokol Perpindahan Mel Mudah (Simple Mail Transper Protocol-SMTP).
Pelanggan SMTP menghantar dan menerima e-mail
- Pelayan POP pula adalah pelayan yang membolehkan seseorang pengguna mengambil e-mailnya yang terdapat dalam pelayan SMTP untuk dibaca dikomputer lain. Kebanyakkan pelayan e-mail menggunakan gadingan dua pelayan tersebut untuk mengendalikan e-mail.
Pelayan POP memeriksa email yang masuk dan pelayan SMTP menghantar email
SPAM?
- SPAM : adalah apabila sesuatu perkara yang kita tidak suka berlaku keatas diri kita.. contohnya, email2 yang entah datang dari mana2 tapi masuk ke email kita tanpa kita kenal / ketahui.. dan, biasanya, kalau email spam ni dia akan masuk dalam spam/bulk folder email kita.. sistem yahoo contohnya, menganggapkan email itu spam, apabila tiada perkataan unsubcribe dalam sesuatu email yang dijalankan secara autoresponder..
APAKAH BB & CC?
CC
- Cc ialah singkatan kepada Carbon Copy. Sekiranya kita memasukkan alamat email dalam ruangan Cc, salinan email tersebut akan dihantar kepada penerima. Emel atau nama penerima tersebut akan dipaparkan kepada penerima asal emel iaitu individu yang alamat emelnya diletakkan dalam ruanganRecipient/To
- Cc bertujuan untuk memaklumkan progress tetapi tiada tindakan yang perlu diambil oleh penerimanya atau dalam erti kata lain individu itu tidak terlibat secara langsung
Bc
- Bc pula adalah singkatan kepada Blind Carbon Copy di mana ia digunakan apabila kita mahu menghantar emel kepada penerima utama yang alamat emelnya diletakkan di bahagian Recipient/To tetapi tidak mahu mendedahkan nama atau alamat emel penerima lain. Di situlah terletaknya kegunaan fungsi Bc ini di mana ia boleh menyembunyikan alamat emel daripada diketahui oleh penerima lain.



0 comments:
Post a Comment